Welcome to Faa Yusra's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
Diary About Love Friends
i am who i am
Faa Yusra's.


Nukilan rindu berbisa.
Wednesday, 24 February 2016 | 10:04 | 0 beautiful(s)

Dikala segala mimpi seakan menjadi realiti, segala usaha bagaikan berganda, diri bagaikan dilema dan hati diusung perasaan iri hati akan mereka yg telah pergi dan sendiri.

Ya Allah, ku mohon agar permudahkanlah urusan kami. Tenangkanlah hati kami. Satukanlah kedua-dua hati kami dan teguhkanlah perasaan cinta kami kepadaMu dan bimbinglah kami untuk sentiasa berada di jalanMu Ya Allah.

Aku rindu akan dirinya yang sentiasa menjadikan diriku sebagai Puteri setelah permaisuri hatinya iaitu Ibunya. Aku rindu akan dirinya yang sentiasa menjaga hatiku tanpa sebarang resah gelisah. Aku rindu dirinya yang usaha sematinya untuk menjadikan diriku halal buat dia. Aku rindu akan dia yang menjadikan diriku keutamaanya setelah ibunya. Moga dugaan yang ditimpakan keatas kami ini disudahi dengan segala yg bermakna serta membahagiakan jiwa raga. Moga-moga.

Mungkin inilah permainan syaitan yang mengusik jiwa dan raga mereka yang bersuara utk kejalanNya. Mungkin juga dirinya sudah penat berusaha.

Cinta, percayalah rinduku kasihku dan cintaku hanyalah padamu. Akan Ku tunggu dirimu memaknakan cinta kita, selamaNya. Moga selamat dan tertunai segalanya. Aku doakan, aku usahakan. Selamat malam, cinta.


OLDER